Bosan
Suatu perasaan mesti dihadapi setiap orang
Bukan hanya satu expresi namun suatu penegasan terhadap sesuatu
Boleh dihilangkan dengan bermacam cara
Namun hanya satu yang berkesan
Berdoa pada Yang Maha Esa
Cinta
Satu perasaan kadang kala aneh di pandangan
Namun boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara
Kadang kala kita cuba menghindar diri darinya
Namun sudah lumrah cinta ia akan datang dan hilang dengan sendirinya
Jangan ditolak mentah mentah cinta itu kerana ia mungkin satu pengalaman untuk kehidupan kita pada masa mendatang
Bangga Diri
Suatu perasaan yang sedia ada pada semua makhluk ciptaan Allah SWT
Namun kadang kala ia melampaui batas batas manusia
Sering kali kita manusia alpa dengan sedikit nikmat dari-Nya
Adakah kita sedar itu cuma pinjaman ??
Adakah kita sedar itu cuma mainan perasaan ??
Namun bukan semua manusia itu Insan Kamil
Kerana dalam kehidupan kita tiada istilah "Sempurna" sehingga Hari Kiamat
Sesungguhnya manusia dicipta untuk saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi sesungguhnya berbaik baik lah kamu sesama insan kerana kamu semua tetap makhluk ciptaan Allah SWT dan hanya kepada-Nya kamu kembali. Wallahualam.
Sekian
Assalamualaikum
Aurat Wanita Ketika Bersama Wanita
14 years ago
0 comments:
Post a Comment