BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

19 May 2009

Push Movie Review

Photobucket

Pada mulanya saya merasakan Push merupakan satu lagi filem installment superhero barat lain seperti Batman,Superman dan Ironman tetapi saya tersilap. Sejurus meletakkan punggung di kerusi pawagam saya terus disajikan dengan pelbagai aksi-aksi yang kadang-kala walau sukar diterima akal namun masih berbaloi ditontoni.

Filem ini amat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat namun mungkin bimbingan ibu-bapa digalakkan untuk penonton dibawah umur 13 tahun atas dasar PG13.

Push boleh juga dianggap sebagai salah satu propaganda barat mengenai Hari Kiamat atau Judgement Day di dalam New Testament Bible namun tidak terlalu ketara unsur-unsur pengaruh kristian di dalam filem ini kerana plot dan sub plot cerita ini hanya berkisar kepada watak-watak filem itu sendiri yang mempunyai kuasa luar biasa seperti kuasa suara supersonik,boleh berlari sepantas cahaya dan boleh berenang selama yang mampu namun secara lisannya unsur mengenai ketibaan Hari Kiamat itu masih wujud di dalam filem ini.

Jadi apa anda tunggu lagi ?. Tontonilah Push di pawagam-pawagam terdekat dan rasailah adrenalin yang menusuk ke dalam jantung dan perasaan anda :)

0 comments: